RM25 Juta Untuk APEC Maya ? | EDISI 7.45 Mlm – 3 Disember 2020

Penganjuran Persidangan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) secara maya dan digital oleh Malaysia yang menelan kos berjumlah RM25 juta dipersoal Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Ahmad Maslan meminta kerajaan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan mengapa peruntukan besar untuk satu persidangan yang hanya berlangsung secara maya.