RSN Rayer dihalang daripada memasuki Sarawak. Foto: Twitter DAP Malaysia

KUALA LUMPUR- Calon Pakatan Harapan (PH) Jelutong, RSN Rayer dilarang memasuki Sarawak.

Beliau yang terbang menggunakan penerbangan Firefly dari Pulau Pinang tiba di Kuching kira-kira 5 petang tadi bagi menghadiri ceramah di Batu Kawa, malam ini.

Bagaimanapun ahli DAP itu dihalang keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

PH dalam kenyataan ringkas memberitahu, Rayer hanya dimaklumkan bahawa larangan tersebut telah dikeluarkan kerajaan Negeri Sarawak sejak 2016.

Namun tiada sebab dinyatakan sebalik larangan tersebut, katanya.

Untuk rekod, Sarawak mempunyai kuasa autonomi dari segi imigresen.

Sebelum ini, Sarawak telah melarang beberapa ahli politik daripada memasuki negeri berkenaan.

Rayer dijangka terbang semula ke Kuala Lumpur jam 9 malam ini.- MalaysiaGazette