LONDON – Persatuan Bola Sepak Inggeris mengenakan hukuman ke atas penyerang Liverpool apabila menggantungnya tiga perlawanan.

Ini selepas FA menolak rayuan kelab terhadap tindakan Mane yang menerjah muka penjaga gol Manchester City pada aksi tewas 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu.

Pengadil perlawanan, penyokong The Reds jelas tidak berpuashati dengan pengadil, Jon Moss apabila telah terus melayangkan kad merah kepada Mane.

Hukuman itu menyaksikan Mane bakal terlepas aksi menentang Burnley dan Leicester City bagi saingan EPL dan Piala Liga.

Berikutan kejadian itu, penjaga gol City Ederson terpaksa diusung keluarkan dan menerima rawatan oksigen sebelum dikenakan lapan jahitan di bahagian kiri pipinya. – MalaysiaGazette