KUALA LUMPUR- Pemegang saham AirAsia Bhd. boleh menukar setiap saham syarikat itu dengan satu saham AirAsia Group Bhd. iaitu sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan.

Mengikut kenyataannya di Bursa Malaysia, AirAsia Group akan berfungsi sebagai syarikat pelaburan manakala perniagaan syarikat penerbangan itu akan diasingkan melalui satu penyusunan semula dalaman.

“AirAsia Group Bhd. akan bertindak sebagai syarikat pegangan pelaburan yang akan mengambil alih status penyenaraian AirAsia Bhd.

“AirAsia Bhd. akan dinyahsenarai dan akan terus menumpukan operasi kepada perniagaan penerbangan tambang murah di Malaysia,” katanya.

Anak-anak syarikat lain, syarikat usahasama dan syarikat sekutu di bawah kumpulan tersebut turut diasingkan daripada entiti tersenarai di bawah struktur korporat baharu ini.

“AirAsia merancang untuk terus mengukuhkan struktur kumpulan dan operasi perniagaan secara berperingkat selepas proses penstrukturak siap,” jelasnya.-MalaysiaGazette