Rusa ditemui mati di Taman Negara A Khun Sathan. foto Agensi

BANGKOK – Seekor rusa liar di Taman Negara di utara Thailand mati dengan 7 kilogram sampah di dalam perutnya.

Seluar dalam lelaki, beg plastik, bungkusan kopi segera dan bahagian tali plastik adalah antara yang terdapat dalam perut rusa jantan itu.Turut ditemui sarung tangan getah, mee segera dan tuala kecil.

Kakitangan Taman Negara Khun Sathan berkata, rusa itu dipercayai telah makan plastik untuk tempoh yang “lama” sebelum ia mati.

Awal tahun ini, seekor bayi dugong di Thailand mati selepas makan plastik.

Sampah sarap yang ditemui di dalam perut rusa yang ditemui mati di Taman Negara A Khun Sathan. foto Agensi

Plastik-plastik yang terdapat dalam perut rusa itu dipercayai telah menjejaskan pencernaannya tetapi siasatan lanjut akan dijalankan.

Di media sosial, orang ramai mengkritik pengunjung yang membuang sisa pepejal merata-rata.

“Apabila anda pergi ke taman negara, bawa balik sampah. Bertanggungjawablah,” menurut salah satu komen dalam Facebook. – MalaysiaGazette