Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Exco Kerajaan Selangor, Hee Loy Sian yang pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pencemaran disangkal Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

IWK berkata, pihaknya pernah memaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang apabila mengesan kemasukan air sisa haram ke tangki rawatan loji pada 4 November lalu.

“IWK sentiasa komited dan berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa dalam menangani isu kemasukan air sisa haram ke dalam loji rawatan kumbahan dan berharap semua pihak turut membantu untuk mengenal pasti pelaku jenayah alam sekitar yang mencemarkan sumber air kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

IWK berkata, satu laporan difailkan pada 4 November lalu dan pihaknya menjalankan siasatan dengan SPAN keesokan hari sebelum mengenal pasti dua sumber pencemaran.

Kemudiannya laporan polis kemudian dibuat oleh IWK di Balai Polis Rawang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, kata kenyataan yang sama.

“Pelbagai tindakan segera dilaksanakan, antaranya melakukan rawatan dengan menggunakan Catalyst Hydrogen Peroxide untuk meningkatkan proses rawatan biologikal dan defoamer bagi menghilangkan buih pencemaran,” katanya.

Apabila air sisa haram didapati di sebuah kilang di Taman Velox, Rawang pada 10 November, IWK segera memindahkan air sisa ke loji rawatan kumbahan lain untuk proses rawatan selanjutnya.

Loy Sian sebelum itu mendakwa pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syarikat Air Selangor tidak dimaklumkan mengenai pencemaran yang berlaku.

Sementara itu, dalam kenyataan IWK di Facebooknya, pihaknya memaklumkan pencemaran adalah berpunca daripada pembuangan sisa secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Loji-loji rawatan kumbahan IWK hanya boleh merawat sisa kumbahan sahaja dan bukannnya sisa haram/cecair daripada industri yang masuk ke dalam loji.-MalaysiaGazette

4 Komen

  1. hahahah… hari tuh kata sabotaj..nih kata IWK tak bagi tau pihak berkuasa negeri.. hahahha.. sat nih kata pulak sepatutnya air disalurkan dari negeri lain..bukan dari negeri selangor..penyamun..

Comments are closed.