Datin Seri Rosmah Mansor berjalan keluar selepas memberi keterangan berkenaan penggubahan wang haram di Sururanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 26 SEPTEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Akhirnya penantian pengamal media dan para wartawan yang menunggu sejak 7 pagi tadi berakhir apabila isterinya bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosmah keluar dari perkarangan ibu pejabat SPRM tepat jam 10.45 malam menjadikan beliau individu paling lama disoal siasat dalam masa sehari oleh SPRM setakat ini.

Sebaik keluar, Rosmah terus memasuki kenderaan yang membawanya pagi tadi dan hanya berkata “Saya (masih) ok, Alhamdulillah,” katanya ketika dikerumuni para media.

Menurut peguamnya, Datuk K. Kumaraendran, Rosmah sudah selesai memberikan keterangan dan ini adalah kali terakhir beliau dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Adakah Datin Seri akan dipanggil semula? Tidak, tidak, tidak. Beliau sudah selesai memberikan keterangan, saya tidak akan menjawab apa-apa soalan lagi,” katanya.

Rosmah disoal siasat selama lebih 13 jam berkaitan siasatan bagi membolehkan siasatan selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah.

MGF26092018_ROSMAH MANSOR SPRM14
Datin Seri Rosmah Mansor menuju ke kenderaannya selepas 13 jam memberi keterangan berkenaan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 26 SEPTEMBER 2018.

Semua pertuduhan itu kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram.

Beliau sebelum itu tiba kira-kira jam 9.50 pagi menaiki kereta Proton Perdana.

Turut sama, dua peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan K. Kumaraendran.

Ini merupakan kali kedua Rosmah dipanggil ke SPRM.

Rosmah sebelum ini diberikan notis untuk hadir oleh pegawai SPRM pada pukul 10 pagi semalam.

Walaupun terdapat desas-desus mengatakan Rosmah akan didakwa hari ini, namun tiada sebarang pengesahan dibuat SPRM. – MalaysiaGazette