Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Tan Sri Azam Baki at a news conference on his shares ownership controversy at the Headquarters of MACC in Putrajaya. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 05 JANUARY 2022.
Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Tan Sri Azam Baki at a news conference on his shares ownership controversy at the Headquarters of MACC in Putrajaya. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 05 JANUARY 2022. Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada sidang media khas SPRM di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 05 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan memanggil Tan Sri Azam Baki dan pihak yang terlibat dalam isu pemilikan saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuhan Malaysia (SPRM) itu bagi mendapatkan penjelasan dan mengesahkan kenyataan dibuat serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan.

Dalam kenyataan ringkasnya, SC berkata, di bawah seksyen 25 Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991(SICDA), setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau atas nama penama yang diberi kuasa (nominee)

Di samping itu, seksyen 29A SICDA menetapkan bahawa semua urusan dalam sekuriti hendaklah dilaksanakan hanya oleh pemilik benefisial sekuriti atau penama yang diberi kuasa.

Kenyataan itu dikeluarkan SC sehari selepas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang menyatakan rasa puas hati terhadap penjelasan yang diberikan oleh Azam berhubung isu berkenaan selepas mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau konflik kepentingan berhubung pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Artikel berkaitan: Azam dakwa pihak tertentu melakukan penipuan besar

LPPR puas hati penjelasan Azam Baki

Katanya, perkara itu sudah diputuskan pada mesyuarat panel LPPR pada 24 November tahun lalu.

Pada mesyuarat itu, Azam dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai dakwaan pemilikan saham berkenaan kepada ahli panel LPPR yang lain.

“Azam memaklumkan beliau tidak memiliki apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat dan saham-saham berkenaan.

“Pembelian saham-saham itu dibuat di pasaran saham terbuka dan tiada sebarang percanggahan kepentingan bagi pembelian saham-saham berkenaan pada tahun 2015,” kata Abu Zahar dalam sidang media semalam. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa pakai akaun org lain utk beli saham? Akaun sendiri tak ada? Ket akaun KP SPRM baru lajuuuu dapat saham??

Comments are closed.