Pengerusi Pertubuhan NGO Alifbata Srikandi Mashyur, Wan Asshima Kamaruddin.

KUALA TERENGGANU – Rakyat Rohingya ditindas kerana mereka gagal menjadi umat yang kuat sehingga agama Islam dipandang enteng oleh orang kafir.

Pengerusi Pertubuhan Alifbata Srikandi Mashyur, Wan Asshima Kamaruddin berkata, Malaysia perlu menjadikan apa yang berlaku di Myanmar sebagai iktibar.

“Kita di Malaysia pun, harus jadikan iktibar dengan kejadian menimpa rakyat Rohingya tetapi saya lihat di Selangor pun sudah ada unsur umat Islam takut kepada orang kafir,” katanya yang mengambil bahagian dalam ceramah praFastaqim 2.0 dan Solidariti Rohingya di Pantai Tok Jembal malam ini.

Wan Asshima salah seorang pemimpin NGO yang hadir dalam ceramah sempena Fastaqim 2.0 anjuran Pas itu yang bersolidariti membela etnik Rohingya.

Beliau juga memberi contoh, kerajaan Selangor membenarkan pesta arak dan tuntutan pihak LGBT untuk menganjurkan tarian gay adalah petanda Islam semakin ditindas di negeri itu.

Kenyataan Awan Asshima itu disokong Matrizi Sat dari NGO Perkid yang melahirkan kebimbangan dan kerisauan dengan serangan pihak liberal.

Wakil NGO Perkid, Ustaz Masrizi Sat berucap ketika sesi “Ceramah Pra Fastiqim dan Solidariti Rohingya” pada Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu. foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2017

Ujar beliau, lebih bahaya apabila kumpulan liberal ini didalangi oleh pemimpin politik yang bersama orang kafir menyerang Islam secara terbuka seperti penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dalam kitab mereka.

“Kumpulan ini juga menentang Islam dengan membantah pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) 355 oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen baru-baru ini.

“Sakitnya hati saya hanya Allah sahaja yang tahu. Mereka maki dan hina Tuan Guru (Hadi Awang) sehingga masa yang diberikan Speaker Dewan Rakyat terbuang selama 40 minit.

“Kalau tahap kesabaran saya tidak kuat hari itu, mahu saya terajang Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana menentang RUU355 dan disokong pula oleh pemimpin liberal dari komponennya,” tegasnya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Sanusi Md. Noor yang juga Pengerusi Pas Relief berkata, apa yang berlaku kepada rakyat Rohingya merupakan penindasan ke atas umat Islam di negara itu sejak dahulu lagi.

Mengikut sejarah 350 tahun dahulu, katanya, rakyat Rohingya mempunyai negara sendiri bernama Arakan dan mengamalkan pemerintahan Islam yang syumul seperti membenarkan penganut Buddha menjalani kehidupan bersama mereka.

Bagaimanapun, katanya, setelah Myanmar yang sebelum ini dikenali Burma dijajah, negara Arakan ditakluk dan diberikan kepada penganut Buddha untuk mentadbir.

“Sejak itu, rakyat Rohingya bukan sahaja kehilangan negara, seorang demi seorang daripada mereka dibunuh secara kejam dengan tujuan untuk mennghapuskan etnik itu,” katanya.

Menurut Sanusi sejak 25 Ogos lalu, kira-kira 25,000 rakyat Rohingya dibunuh dan lebih sejuta menjadi pelarian di negara Thailand, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia.- MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. kenapa islam semakin lemah. cuba jangan menyalahkan orang lain sebelum mengambil dalaman islam itu sendiri . islam diperintah olih bukan ahli nya. selepas khulafar alroshidin islam tidak lagi semurni asal zaman nabi muhamad.a.a.w. sehingga amalan nabi sendiri dituduh sesat mensabotaj hukum syariah dan lain2 nya

Comments are closed.