Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama perwakilan wanita BN yang hadir selepas merasmikan Pembukaan Konvensyen Wanita Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 14 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan sinis terhadap kepimpinan Pas yang disifatkan parti lidah bercabang.

Beliau berkata, lebih baik imej muka bersih daripada mempunyai lilitan serban tebal namun bercakap tidak betul.

“Di mana tuduhan kita khianat Muafakat Nasional, mesyuarat dalam MN di mana saya pengerusi bersama dengan Timbalan Presiden dia (Pas) sebab UMNO sudah buat keputusan untuk tidak menyertai PN (Perikatan Nasional).

“Apakah Pas punya pendirian, Pas kata tidak akan menyertai PN, dua kali saya tanya tapi dua minggu selepas itu mereka sertai PN, siap jadi penaja utama lagi.

“Serban lilit tebal tapi cakap tak betul, lebih baik saya tidak berjambang dan tidak berserban dan hati pun bersih.

“Jangan cakap lain tapi di hati lain, lidah bercabang-cabang. Di mana tuduhan kita khianat MN (Muafakat Nasional),” katanya merasmikan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Untuk rekod, UMNO pernah bekerjasama dengan Pas dlaam menubuhkan MN pada 2019.

Bagaimanapun, status gabungan itu masih menjadi teka-teki apabila kedua-dua parti tidak mengukuhkan kenyataan tentang status sebenar gabugan tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sekiranya parti itu mahu bersama-sama UMNO dan BN semula, parti tersebut harus meninggalkan ‘teman wanita’ baharunya (Bersatu).

“Siapa yang tempang sekarang baru tergesel-gesel nak balik semula, kalau nak balik (bersama UMNO BN) tingalan girlfriend, dan balik ke rumah si tua (UMNO).

We know you are deply in love with your gilrlfriend, no heart feeling but do not bring your gilrfriend back home, okey? kata Mohamad.

Tambah Mohamad lagi, terdapat tiga buah parti lain yang ingin menyertai BN dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, ia akan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam esok.

“Ramai nak masuk BN. Malam esok ada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Ada dua tiga parti nak masuk BN, tapi nak kotorkan kain buat apa?

“Kita hadapi PRU-15 ini, BN bergerak sendiri dalam PRU-15,” katanya lagi. – MalaysiaGazette