Home Nasional STAGG gempur lokasi judi, tumpaskan aktiviti maksiat

STAGG gempur lokasi judi, tumpaskan aktiviti maksiat

Gambar-gambar lokasi aktiviti maksiat yang diserbu oleh STAGG pada minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) berjaya 523 orang kaki judi selepas menggempur lokasi-lokasi terbuka perjudian di seluruh negara sepanjang minggu lalu.

Wang tunai sebanyak RM482,000 turut dirampas.

Kejayaan pasukan elit polis itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya.

“Syabas juga STAGG @PDRMsia gempur judi di lokasi2 terbuka, sepanjang minggu lalu. Tkap 523 org dan rampas RM482K tunai. #GoPDRMGo,” katanya.

Lokasi-lokasi judi terbuka yang gempur oleh STAGG sepanjang minggu lalu.
Lokasi-lokasi judi terbuka yang gempur oleh STAGG sepanjang minggu lalu.

STAGG juga menumpaskan aktiviti maksiat di seluruh negara sepanjang minggu lalu dan menangkatp 282 GRO dan tukang urut.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tkap 282 org GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo,” tambahnya. – MalaysiaGazette