Mark Hughes.

LONDON – Sekian lama bersabar, Stoke City akhirnya memecat Mark Hughes berikutan kekalahan kepada Coventry dalam perlawanan Piala FA Inggeris.

Ketua Eksekutif kelab itu, Tony Scholes memaklumkan keputusan itu kepada Hughes di padang latihan selepas pasukan pulang daripada kekalahan memalukan di Ricoh Arena.

Isnin lalu, Stoke City juga tewas kepada kepada Newcastle dalam saingan Liga Perdana yang sudah membayangkan masa depan pengurus kelahiran Wales sudah berakhir.

Namun selepas menyaksikan kekalahan pasukan berkenaan dalam pusingan ketiga Piala FA kepada pasukan yang menduduki tempat ke-53, Pengerusi Stoke City, Peter Coates dan Naib Pengerusi, John Coates terpaksa mengambil keputusan drastik.

Pada mulanya, Coates mahu terus memberi peluang  kepada Hughes tetapi berada pada kedudukan tiga terbawah berikutan tujuh kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris merupakan prestasi yang tidak membanggakan.

Lembaga pengarah akan menilai pilihan hari ini dan memulakan proses membuat perjanjian baharu.

Mereka berharap dapat memperkenalkan pengganti dalam tempoh seminggu.

Ronald Koeman, Gary Rowett dan Martin O’Neill merupakan nama-nama yang dipertimbangkan sebagai pengganti Hughes. –  MalaysiaGazette