Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

PUTRAJAYA – Golongan wanita perlu dilibatkan dalam pelbagai peringkat sebagai pembuat  keputusan penting dalam negara ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, ini kerana suara wanita juga penting untuk didengar.

pada majlis perasmian Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 hari ini.

“Wanita antara yang terkesan dengan perubahan iklim tetapi tidak terlibat dengan pengurusan pembuatan keputusan berkaitannya dan tentang mitigasi.

“Adalah penting untuk memastikan bahawa suara wanita didengari dalam pelbagai peringkat khsusunya mengenai pembuatan keputusan bermula daripada perancangan dan pelaksanaan,” titah Tengku Hassanal.

Titah baginda, kaum wanita perlu diberi akses dalam bidang kesihatan, termasuklah yang berkaitan kerana perkembangan kesihatan dalam negara, perubahan iklim dan banyak lagi.

“Dengan mengetengahkan pelbagai isu melibatkan perubahan iklim, jantina dan banyak lagi negara boleh mencipta masa depan yang lestari.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli merasmikan Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 pada hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut  hadir ke majlis tersebut.

Hadir sama,  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. -MalaysiaGazette