Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Bertam, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam gagal mempertahankan kerusi Parlimen Segamat, menurut laporan tidak rasmi.

Subra sebelum ini menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sejak pilihan raya yang ke-11 pada tahun 2004.

Subra kalah di tangan calon PKR Santhara Kumar Ramanaidu.

Manakala Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk M. Saravanan berjaya mempertahankan Parlimen Tapah. – MalaysiaGazette