Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri itu, hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan mengesahkan pertemuan itu diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sedang diraikan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengadakan perjumpaan Hari Raya Aidilfitri bersama Ketua-Ketua Bahagian Bersatu Johor pada 10 Jun, jam empat petang di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan itu.

Sahruddin mengucapkan terima kasih kepada ke atas Sultan Ibrahim dan berharap perjumpaan itu akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. – MalaysiaGazette