Susu UHT Farm Fresh sudah terjual 3.5 juta kotak walaupun baharu berada di pasaran.

KUALA LUMPUR – Susu UHT Farm Fresh telah terjual sebanyak 3.5 juta sejak berada di pasaran pada awal Julai yang lalu.

Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Milk Sdn. Bhd., Azmi Zainal berkata, purata bagi jualan susu UHT adalah 120 pallet seminggu bersamaan 345,600 kotak sehingga pertengahan September lalu.

Beliau berkata, sambutan itu amat luar biasa kerana produk terbaharu itu hanya boleh di dapati melalui rangkai ejen syarikat atau lebih dikenali sebagi Home Dealer Farm Fresh.

Jelasnya, Farm Fresh belum lagi memasarkan produk UHT itu ke -pasar-pasar raya di seluruh negara.

“Tujuan utama Farm Fresh memperkenalkan UHT adalah ingin memudahkan para penggemar susu segar menikmati minuman berkhasiat ini di mana sahaja, pada bila-bila waktu yang mereka inginkan dan ke mana sahaja mereka mahu pergi.

“Hal ini kerana susu UHT tidak memerlukan kawalan susu seperti mana susu segar biasa. Jadi mereka bebas membawa produk ini ke mana sahaja tanpa perlu risau ianya akan rosak,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

56f5d7ca-e688-421a-9dad-375ffcb3acf5
Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Milk Sdn. Bhd., Azmi Zainal (dua dari kiri).

Azmi memberitahu, sebagai permulaan Farm Fresh telah mengeluarkan tiga perisa iaitu susu UHT berperisa Kurma, Coklat dan Café Latte.

Katanya, ketiga perisa itu bersaiz 200 mililiter (ml) dan ianya amat sesuai untuk dibawa kemana sahaja kerana saiz kotaknya yang kecil dan menarik.

“Farm Fresh akan teurs mengeluarkan lebih banyak produk UHT dan dalam masa terdekat ini, kami akan mengeluarkan UHT yogurt minuman berperisa pula,” katanya.

Azmi menambah, kebaikan susu UHT Farm Fresh kerana menggunakan 100 peratus susu segar di dalam penghasilan
susu UHT itu.

Ujarnya, ini kerana tiada sebarang penambahan nutrisi tiruan digunakan dan khasiatnya hampir sama dengan susu segar yang lain.

“Antara kelebihan lain adalah susu UHT ini mempunyai
tempoh tarikh luput yang panjang iaitu kira-kira sembilan bulan dan UHT juga tidak memerlukan rantaian suhu sejuk yang cekap kerana ia boleh disimpan di suhu bilik dan boleh bertahan sehingga 45’C.

“Jadi ke semua kelebihan ini mempermudahkan penggemar susu segar untuk menikmatinya tanpa masalah lagi,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, harga yang ditetapkan oleh Farm Fresh amat berpatutan dan bersesuaian dengan yang apa ditawarkan kepada pengguna susu.

Susu UHT itu berharga RM 1.90 hingga  RM 2.70 mengikut perisa yang ditetapkan. – MalaysiaGazette