Mohd Ashraf Mustaqim (dua dari kanan)

KUALA LUMPUR – Armada Nasional Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pasukan khas membantu mahasiswa yang terkandas akibat penularan wabak Covid-19, sejak tiga hari lalu.

Ketua Penerangannya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, mereka turun ke institut pengajian tinggi (IPT) mengagihkan bantuan bagi meringankan beban mahasiswa yang tidak dapat masuk ke kolej masing-masing kerana pendaftaran sesi pengajian ditangguhkan.

Katanya, beliau bersama Ketua Task Force yang merupakan Exco Pendidikan Armada Nasional, Zikri Zulkifli akan melaporkan dari semasa ke semasa keadaan itu kepada ketuanya, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal dalam usaha membantu mahasiswa terlandas.

“Selain mengagihkan bantuan fasa satu kepada mahasiswa ini, kami juga membantu berhubung secara terus dengan Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) dari beberapa universiti.

“Pelbagai dapatan kami terima dari apa yang disampaikan wakil pelajar. Apapun Armada bertekad membantu apa yang termampu dalam memastikan kebajikan mahasiswa terbela,” katanya dalam hantaran Facebooknya, semalam.

Mohd Ashraf Mustaqim kesal dengan kesulitan dihadapi pelajar di seluruh negara dan Armada bertekad akan membantu sedaya termampu.

Beliau berharap semua yang terkesan dengan keadaan itu, bertenang dan sentiasa mematuhi tatacara pengendalian piawai (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam keadaan pandemik Covid-19 ini.

“Syabas kepada seluruh wakil Armada Nasional di setiap negeri yang membantu kelicinan task force, yang dihubungi atau berhubung secara terus. Moga usaha kita seluruhnya diberkati Allah. Teruskan usaha kita,” katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, disebabkan peningkatan permohonan sepanjang kempen bermula semalam, pihaknya memutuskan untuk melicinkan proses komunikasi bagi pemohonan dengan hanya mengisi Google Form pada pautan https://forms.gle/7bgEAUvNTf5aD3Fy9.

Katanya, selain Google Form, kaedah sebelum ini, iaitu berhubung secara terus juga akan diteruskan.

“Kami mendoakan agar semuanya dipermudahkan. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu mahasiswa dan berharap mereka yang terkesan dapat bersabar, bertenang dan sentiasa mematuhi SOP dalam keadaan pandemik Covid-19 ini.

Mohd Ashraf Mustaqim turut meminta pelajar terkandas di seluruh negara agar menghubungi wakil task force Armada di negeri masing-masing, iaitu Aidil 019-019 552 0395 (Johor Bahru), Amin 017-966 9485 (Kelantan), Aziman Hadi 012-267 7020 (Terengganu), Fareed 012-628 9753 (Pahang), Afiq Nazmi 017-300 8790 (Melaka) dan Firdaus 0111-727 3032 (Negeri Sembilan).

Mahasiswa juga boleh menghubungi Adi Farhan di talian 016-616 6932 untuk Selangor, Hariz Faisal 012-254 2971 (Wilayah Persekutuan), Meor 019-750 1545 (Perak), Shameer 017-432 3616 (Pulau Pinang), Asraf 019-497 0227 (Kedah), Aedams 017-531 4048 (Perlis), Alexander 017-711 7905 (Sarawak) dan Abqaree 013-868 6806 (Sabah).

Selain itu, mahasiswa yang terkesan dan terkandas akibat penangguhan itu juga boleh berhubung terus dengan Zikri di talian 013-500 0433 dan Exco Kebajikan Armada, Firdaus Rashid 0111-727 3032 untuk penyaluran bantuan dan aduan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.