Noor Hisham Abdullah, KP Kesihatan, Thanabalan mati di lokap
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 22 April lalu disahkan mengidap penyalit kencing tikus (Leptosiprosis).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berdasarkan laporan bedah siasat menerusi sampel tisu dan darah Allahyarham yang diambil pada hari sama pelajar itu meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat mendapati pelajar tahfiz terbabit meninggal dunia kerana penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang menjadi viral.

“Penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, akibat jangkitan itu berlaku perubahan warna kulit dan kegagalan organ untuk berfungsi.

Mohamad Thaqif Amin dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 19 April lalu selepas dilapor mengalami kecederaan pada kaki, dikatakan akibat dipukul pembantu warden madrasah tahfiz.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong pada 22 April lalu, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Bagaimanapun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil sebelum pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Susulan kejadian itu pembantu warden pusat tahfiz terbabit ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. – Malaysiagazette