Home Nasional Tiga penjuru di Jerlun, Mukhriz terakhir hantar borang

Tiga penjuru di Jerlun, Mukhriz terakhir hantar borang

JITRA – Parlimen Jerlun dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan itu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Pakatan Harapan (PH) apabila ketiga-tiga parti mengesahkan calon masing-masing selepas berakhir penamaan calon hari ini di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.

Kaunter penamaan calon ditutup kira-kira jam 10 pagi dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanding atas tiket PKR menjadi calon terakhir menghantar borang penamaan calon kira-kira 15 minit sebelum berakhir tempoh menghantar borang.

Penyokong ketiga-tiga parti mula berkumpul seawal jam 7 pagi diluar sekolah.

Jam 8 pagi, para penyokong parti masing-masing dibenarkan masuk dan berkumpul diluar padang sementara menunggu pengumuman rasmi pengesahan calon yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – MalaysiaGazette

Senarai calon Parlimen Jerlun
1. Datuk Othman Aziz (BN)
2. Abd Ghani Ahmad (Pas)
3. DS Mukhriz Mahathir (PKR)

Senarai calon DUN Ayer Hitam
1. Datuk Abu Hasan Sarif  (BN)
2. Azhar Ibrahim (Pas)
3. Datuk A Aziz bin Mohamad (PKR)

Senarai calon DUN Kota Siputeh
1. Ahmad Azhar Abdullah (BN)
2. Mat Rejap Md Akhir (Pas)
3. Dr Salmee Said (PKR)