Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Liow Tiong Lai disaran mencontohi Datuk Seri Najib Razak yang melepaskan jawatannya sebagai Presiden untuk masa depan parti.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa, Tiong Lai tidak sepatutnya mencampuri urusan UMNO berkenaan jalinan kerjasama dengan Pas sebaliknya menumpukan kepada perubahan dalam MCA.

“Apa yang disebut dalam ucapan Datuk Seri Liow adalah tidak relevan dan ia pendapat dangkal kerana buat anggapan tidak relevan..Sebab itu saya katakan ia pamer kedangkalan budi bicara politik Datuk Seri Liow.

“Nasihat saya sebagai sahabat lakukan seperti UMNO, elok kita tengok secara mendalam mencari jalan dan menguatkan parti masing-masing selain tumpu pada rumahtangga orang lain..Macam UMNO kita tukar Presiden dan menyusun semula saf kepimpinan di cawangan hingga Majlis Tertinggi.

“Saya menasihatkan MCA juga, kalau hendak mencari kekuatan baharu,beri laluan kepada pemimpin lain,”katanya.

Tambah beliau, selagi UMNO tidak menyatakan hasrat untuk menjadikan Pas sebagai rakan komponen BN ianya tidak perlu dibincangkan bersama-sama MCA.

“MCA tidak perlu campur urusan dalaman UMNO ini tradisi BN kecuali kalau kita nak bawa Pas masuk dalam BN, kena dapatkan keputusan konsesus antara parti-parti dalam BN,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu lagi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO itu menafikan parti itu bersifat perkauman seperti yang didakwa.

Sebaliknya UMNO seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti terbukti bersifat terbuka apabila keahliannya terbahagi kepada dua.

Dua kategori itu adalah ahli warganegara Malaysia pelbagai kaum dan ahli-ahli bergabung.

“UMNO mempunyai ahli biasa yang terdiri daripada 14 kaum yang berbeza-besa selain daripada majoriti yang sudah tentu Melayu.

“Sebenarnya Melayu terbahagi kepada Jawa dan sebagainya tetapi jangan lupa UMNO mempunyai lebih 150,000 ahli daripada kaum Kadazan Dusun, 134,525 orang ahli daripada kaum Bajau. 150,000 ahli suku kaum Bisaya,”menurutnya lagi. – MalaysiaGazette