Kenderaan yang dipercayai membawa pasukan pegawai SPRM bagi mendapatkan kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin mengenai transaksi luar biasa tanah di sekitar kawasan Kuala Lumpur semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Menara Ilham, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 12 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdull mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin di pejabatnya hari ini.

Beliau yang tiba bersama pasukannya pada jam 10.45 pagi tadi bertujuan mendapatkan kenyataan bekas Menteri Kewangan itu berhubungan dakwaannya mengenai urusniaga  pembelian tanah di ibu negara yang meragukan ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan diberikan oleh SPRM atau pejabat Daim mahupun CEP berhubung pertemuan selama 50 minit itu.

Semalam, Daim ketika berucap dalam satu majlis berkata, hasil siasatan oleh pihaknya mendapati ada transaksi meragukan pada sekurang-kurangnya 91 lot tanah di pelbagai kawasan di ibu negara dan melibatkan pelbagai agensi termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pejabat Tanah dan Galian.

Katanya, beliau meminta SPRM menyiasat perkara tersebut. – MalaysiaGazette