Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

KUALA LUMPUR – UMNO Kedah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mungkin didakwa di mahkamah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap Presiden UMNO tabah menghadapi dugaan.

“Kami sentiasa berdiri teguh bersama disamping berdoa kepada Allah agar mengurniakan kesabaran dan ketabahan Presiden UMNO di saat-saat ini.

“Saya juga menyeru kepada semua rakyat, penyokong dan ahli ahli UMNO agar mengadakan solat hajat memohon pertolongan dari Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid sebelum ini dikatakan menerima notis melaporkan diri ke Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) esok sebelum didakwa di mahkamah Jumaat ini.- MalaysiaGazette