Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercakap kepada media ketika mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 12 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Usul tidak menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibawa oleh 120 UMNO Bahagian yang bermesyuarat pada 1, 2 dan 3 Januari lalu boleh dianggap sebagai pendirian parti Melayu itu.

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, usul itu hanya menjadi rasmi jika ia dibawa ke dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

“Majlis Tertinggi UMNO telahpun bermesyuarat (6 Januari) dan telahpun menerima usul-usul yang dibawa Bahagian-Bahagian.

“Cuma formalisasi untuk usul ini menjadi sebahagian daripada pendirian parti maka dia terpaksa dijadikan sebagai usul dan dibawa kepada Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini.

“Usul yang tidak mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telahpun menjadi pendirian parti, PAU cuma untuk menjadikan usul itu rasmi.

“Tidak mungkin apabila mari PAU nanti perwakilan menolak apa yang diusulkan oleh Bahagian-Bahagian,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri tidak menolak kemungkinan PAU yang dijadualkan pada 31 Januari ini tidak akan dapat dijalankan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 26 Januari ini.

“Tapi saya dapat tahu dan telahpun jadi realiti pada hari ini bahawa kemungkinan besar PAU tidak dapat diadakan pada 31 Januari 2021.

“Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk membuat satu pengumuman pada hari ini.

“Pengumuman ini sebenarnya diberi mandat terutamanya oleh Bahagian saya Padang Rengas yang turut sama untuk menghentikan kerjasama dengan PPBM apabila datang pilihan raya nanti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. bagus letak jawatan MP PDG RENGAS,,, boleh buat PRK2.,,,BERSAMA MP umNO lain yg seperti sesumpah berubah2 .mereka ini JUARA yg tuding jari pd anwar yg sibuk MAIN NOMBOR nak jadi PM..akhirnya terpalit pada BATANG HIDUNG sendiri…kononya perrtahan MARUAH RAKYAT.
    Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas.

    Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik, kerana ia boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

  2. Harap Faizal Azumu pun buatlah kenyataan tidak menyokong MB Perak, sebab banyak bahagian Negeri Perak tidak menyokong Bersatu.

Comments are closed.