Abdul Aziz Kaprawi

KUALA LUMPUR –  Pelaksanaan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) kepada semua kenderaan berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Lebuh raya Linkedua dijangka bermula hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kini sistem VEP sedang menjalani ujian bersama ‘Touch ‘n Go e-Wallet’ bagi tujuan pembayaran caj jalan raya (RC) tanpa tunai.

“Pelaksanaan sistem VEP melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian, pemasangan infrastruktur dan pembangunan sistem integrasi melibatkan (JPJ) Jabatan Pengangkutan Jalan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia).

“Selain itu penyelasaran prosedur dengan agensi-agensi yang berada di pintu sempadan juga perlu dimuktamadkan sebelum pelaksanaan VEP,” katanya menjawab soalan Anuar Abdul Manap (BN-Sekijang) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Anuar antara lain bertanyakan bilakah jangkaan sistem VEP ini dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Abdul Aziz berkata, tag VEP berkenaan yang menggunakan teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID) dan diintegrasikan dengan sistem pembayaran tanpa menggunakan wang tunai yang dibangunkan ‘Touch ‘n Go’, akan turut dilaksanakan di laluan Malaysia-Thailand tahun ini.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, kementerian bercadang untuk melaksanakan teknologi RFID yang boleh mengesan kenderaan klon dan mengenal pasti saman tertunggak kepada kenderaan tempatan pada awal tahun depan.

Kerajaan sedang berbincang dengan pihak Touch ‘n Go untuk memberi tag RFID secara percuma kepada rakyat, katanya menjawab soalan tambahan Anuar mengenai pelaksanaan RFID bagi kenderaan tempatan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) mengenai jumlah trafik di laluan Tambak Johor dan Lebuh raya Linkedua, Abdul Aziz berkata kira-kira 450,000 kenderaan dari Singapura melalui kedua-dua laluan itu setiap bulan dengan melibatkan kutipan RC sebanyak RM150 juta.

Pelaksanaan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) kepada semua kenderaan berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Lebuh raya Linkedua dijangka bermula hujung bulan ini.

Abdul Aziz berkata kini sistem VEP sedang menjalani ujian bersama ‘Touch ‘n Go e-Wallet’ bagi tujuan pembayaran caj jalan raya (RC) tanpa tunai.

“Pelaksanaan sistem VEP melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian, pemasangan infrastruktur dan pembangunan sistem integrasi melibatkan (JPJ) Jabatan Pengangkutan Jalan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia).

“Selain itu penyelasaran prosedur dengan agensi-agensi yang berada di pintu sempadan juga perlu dimuktamadkan sebelum pelaksanaan VEP,” katanya menjawab soalan Anuar Abdul Manap (BN-Sekijang) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Anuar antara lain bertanyakan bilakah jangkaan sistem VEP ini dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Abdul Aziz berkata, tag VEP berkenaan yang menggunakan teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID) dan diintegrasikan dengan sistem pembayaran tanpa menggunakan wang tunai yang dibangunkan ‘Touch ‘n Go’, akan turut dilaksanakan di laluan Malaysia-Thailand tahun ini.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, kementerian bercadang untuk melaksanakan teknologi RFID yang boleh mengesan kenderaan klon dan mengenal pasti saman tertunggak kepada kenderaan tempatan pada awal tahun depan.

Kerajaan sedang berbincang dengan pihak Touch ‘n Go untuk memberi tag RFID secara percuma kepada rakyat, katanya menjawab soalan tambahan Anuar mengenai pelaksanaan RFID bagi kenderaan tempatan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) mengenai jumlah trafik di laluan Tambak Johor dan Lebuh raya Linkedua, Abdul Aziz berkata kira-kira 450,000 kenderaan dari Singapura melalui kedua-dua laluan itu setiap bulan dengan melibatkan kutipan RC sebanyak RM150 juta. – MalaysiaGazette