KUALA LUMPUR – Selepas Emma Maembong dan suaminya, terbaharu dilaporkan vokalis Drama Band, Aepul Roza disahkan positif Covid-19.

Beliau berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya hari ini.

Bbagaimanapun kata Aepul atau Noor Syaiful Mohd. Zalaludin, isterinya Leez Rosli bebas daripada wabak itu.

Leez adalah bintang Akademi Fantasia 4.

“Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan 2nd swab test membawa keputusan positif,” tulisnya.

Aepul, 33 tahun kini sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah menantikan prosedur seterusnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya sudah mula kuarantin sendiri dan menanti SOP seterusnya. Doakan kami sekeluarga. Terima kasih,” tambahnya. -MalaysiaGazette