Angkatan Tentera Yaman bersiap sedia menghadapi Israel

SANAA – Angkatan Bersenjata Yaman (YAF) dilaporkan bersiap sedia dengan segala kemungkinan berikutan tindakan negara itu menentang Israel dan sekutunya dalam memberikan pembelaan terhadap Palestin.

Menteri Pertahanan Mejar Jeneral Mohammad al-Atifi menyatakan, negaranya mempunyai banyak pilihan strategik dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya apabila perlu.

Al-Atifi mengumumkan semua unit dan formasi ketenteraan kini dalam keadaan bersiap sedia untuk memberikan ‘pukulan’ yang paling teruk dan kuat kepada musuh jika jenayah dan pengepungan terhadap rakyat Palestin berterusan.

Negara itu juga akan bertindak balas sekiranya keselamatan dan kedaulatan Yaman terancam.

Al Mayadeen melaporkan, kenyataan al-Atifi dikeluarkan semasa mesyuarat luar biasa angkatan tentera dan keselamatan Yaman pada hari Rabu untuk menangani perkembangan terkini dan perkembangan pencerobohan Amerika Syarikat dan Israel terhadap rakyat Palestin.

Menteri Yaman itu menegaskan, pendirian Yaman adalah untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin yang tertindas.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Yaman Mejar Jeneral Abdul Karim al-Houthi, menegaskan, semua pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Mereka dalam kesediaan penuh untuk melaksanakan tugas dengan kerjasama dan penyelarasan bersama dengan angkatan tentera untuk melaksanakan arahan Sayyed Abdul-Malik al-Houthi.

Yaman merupakan satu-satunya negara yang mengerakkan tenteranya dalam mempertahankan rakyat Palestin yang kini berhadapan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.

Negara itu menahan, merampas malah menyerang kapal milik zionis dan sekutu yang melalui laut merah yang menujuk ke Isreal.- Agensi