Aneka piza disediakan oleh The Face Suite Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Sebut sahaja mengenai pizza, pasti ramai terbayang-bayang keenakan doh roti buatan tangan. Lagi enak dimakan dengan pelbagai pilihan topping yang cukup menyelerakan.

Menjadi kegemaran ramai tidak kira usia khususnya generasi muda apabila dimakan dengan rasa yangmemberikan cita rasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalamnya.

Berkongsi berita gembira itu, hotel mewah di ibu kota iaitu The Face Suite Kuala Lumpur kini menyediakan pelbagai aneka yang disediakan segar setiap hari.

Malah anda pasti terkejut kerana dijual pada harga RM55 untuk satu pizza beserta dua minuman ringan. Sedangkan terdapat enam pilihan menu antaranya Hawaiian Chicken, Beef Pepperoni, Margherita, Mushroom & Herbs, Chicken Satay dan Barbeque Chicken.

Lebih mengujakan, pengunjung boleh menjamu menu di Deep Blue di tingkat 51 sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan Menara Kembar Kuala Lumpur (KLCC) dan Menara Kuala Kuala Lumpur.

Mohammad Aslam Mohammad Aminuddin menyediakan menu pizza bersama pasukannya.

Sous chefnya, Mohammad Aslam Mohammad Aminuddin berkata, selain pizza, Deep Blue turut menyajikan menu tradisi seperti Nasi Goreng Kampung dan Laksa Nyonya pada harga yang cukup berbaloi.

“Kami menjanjikan menu yang memenuhi selera pengunjung untuk menikmatinya bersama keluarga, orang tersayang atau rakan.

“Malah keunikkan di sini mereka boleh layan pemandangan sambil menenangkan jiwa di mana boleh melepak hingga ke awal pagi,” katanya sambil memberitahu Deep Blue beroperasi dari pukul 6 petang sehingga 2 pagi setiap dan anda digalakkan membuat tempahan dlebih awal.

Sementara itu, The Face Suites Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel bertaraf lima bintang yang menyediakan penginapan serba mewah dengan hiasan yang bergaya serta pemandangan pusat bandar Kuala Lumpur yang mengagumkan.

Beroperasi sejak tujuh tahun lalu, hotel ini  terletak berhampiran dengan Segitiga Emas dan Menara Berkembar Petronas dan juga Menara Kuala Lumpur serta pusat membeli belah terkemuka seperti Suria KLCC dan juga Pavillion Kuala Lumpur.

Ia menawarkan lapan jenis kategori daripada 200 bilik yang serba moden. – MalaysiaGazette