Search form

Selasa, 17 Januari 2017

Defendan kes kren runtuh dibenarkan tidak hadir mahkamah

Primary tabs

Dunia
1 of 1
Malay

Mahkamah yang membicarakan 14 defendan yang terlibat dalam kemalangan kren di Mekah pada September 2015 telah membenarkan mereka untuk tidak menghadirkan diri mereka tidak hadir dalam perbicaraan kes tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan mereka perlu datang jika disapina.

Kren gergasi itu terjatuh di Masjidil Haram ketika musim haji waktu itu dan mengorbankan 110 orang dan mencederakan 260 yang lain.

Hakim dalam kes itu, Abdulaziz Al-Tuwairqi berkata peguam dan wakil-wakil lain dengan surat kuasa boleh menghadiri sesi mahkamah bagi pihak defendan.

Beliau, bagaimanapun menyatakan larangan perjalanan ke atas semua defendan masih dikekalkan sehingga akhir perbicaraan.

Mahkamah telah mempersoalkan defendan dan mendengar permohonan mereka sebagai permulaan untuk merangka kerja perundangan yang komprehensif bagi kes itu.

Sumber mahkamah berkata, tiga daripada defendan, yang merupakan ahli jawatankuasa teknikal Universiti Umm Al-Qura menyampaikan laporan terperinci, yang mana telah menafikan tuduhan kecuaian dan melanggar peraturan-peraturan keselamatan pembinaan terhadapanya.

Mereka berkata, di bawah kontrak perundingan kejuruteraan ditandatangani dengan Kumpulan Binalden, peranan mereka adalah hanya nasihat mengenai pengembangan projek pengembangan mataf (kawasan tawaf).

Mereka juga tidak mempunyai peranan dalam melaksanakan projek itu, jadi mereka tidak boleh bertanggungjawab dalam sebarang kesilapan atau kekurangan.

Jawatankuasa teknikal Kementerian Pelajaran juga berkata, mereka tidak mempunyai kuasa dalam pelaksanaan memandangkan peranannya hanya untuk memberi nasihat.

Saleh Misfir Al-Ghamdi, peguam yang mewakili universiti itu berkata, jawatankuasa itu hanya akan memberi pendapat dan nasihat teknikal tanpa campur tangan dalam prosedur pelaksanaan.

Kumpulan Binladen juga mengemukakan laporan 27 muka surat penjelasan berhubung tanggungjawabnya dalam kes kren runtuh.

Kumpulan itu berkata, ia telah mengikuti surat prosedur keselamatan semasa menjalankan operasi kren gergasi.

Menurut sumber itu, hakim memutuskan untuk menambah laporan itu kepada dokumen-dokumen kes itu untuk dipertimbangkan.

Sumber menjangkakan lebih ramai defendan akan dipanggil dan berkata fail kes mungkin dirujuk lagi kepada Biro Siasatan dan Pendakwaan Awam (BIP) untuk siasatan lanjut. - MalaysiaGazette

 

 

Comments