Search form

Selasa, 17 Januari 2017

Remaja bersenjata ditahan di Trump Tower

Primary tabs

Dunia
1 of 1
Trump Tower di New York
Trump Tower di New York
Malay

Seorang remaja 19 tahun itu didakwa selepas cuba memasuki bangunan pencakar langit di New York, Trump Tower yang merupakan kediaman Donald Trump dengan pisau, garrote (alat untuk mencekik) dan bunga api.

Alexander Wang, yang berasal dari komuniti kecil Poughquag, kira-kira 112 kilometer ke utara Manhattan, didakwa memiliki senjata dan bunga api secara haram, kata seorang jurucakap polis.

Trump banyak menghabiskan sebahagian besar masa di Trump Tower di Fifth Avenue sejak menang mengejut dalam pilihan raya presiden bulan lalu.

Bagaimanapun tidak jelas jika Trump berada dalam bangunan itu semasa tangkapan remaja tersebut.

Bangunan pencakar langit 58 tingkat itu berfungsi sebagai ibu pejabat konglomerat Trump - The Trump Organization dan kediamannya.

Selain itu bangunan tersebut menjadi ruang pejabat dan 263 buah apartmen persendirian.

Syarikat-syarikat lain pajakan ruang di dalam bangunan dan ia juga menempatkan 263 pangsapuri swasta.

Polis telah dikerahkan mengawal sepanjang masa di luar Menara Trump sejak 8 November lalu dan pelawat perlu melakukan imbasan beg sebelum masuk ke lobi awam, yang kini telah bertukar menjadi tarikan pelancong.

Pada bulan Ogos lalu, tiga bulan sebelum pilihan raya, seorang remaja Amerika telah ditahan dan didakwa dan menceroboh selepas menggunakan cawan sedutan untuk memanjat bangunan Trump Tower.

New York sedang mendapat peruntukan sehingga AS$35 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk kos melindungi Trump sehingga pelantikannya pada 20 Januari ini.- MalaysiaGazette

 

 

Comments