Search form

Sabtu, 21 Januari 2017

MTDC sedia RM15 juta untuk dana syarikat baharu

Primary tabs

Ekonomi
1 of 1
Malay

Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) akan memperuntukkan RM15 juta bagi Dana Syarikat Perniagaan Baharu (BSF) tahun depan yang dijangka dapat dimanfaatkan oleh kira-kira lima syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus berkata MTDC kini dalam proses mendapatkan lebih banyak penyertaan syarikat baharu dalam bidang robotik dan automosi untuk menerima pembiayaan BSF berkenaan.

"Dalam usaha kita mencapai status sebuah negara maju pada 2020, sektor industri pembuatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana sewajarnya menimbang untuk memperluaskan penggunaan kaedah mengautomasikan bagi meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos serta mengelak bergantung kepada pekerja asing.

"Sehubungan itu, kita perlukan lebih banyak syarikat baharu yang memiliki teknologi untuk dipertingkatkan. Ia membolehkan mereka menjadi penyedia kepada industri pada kos lebih murah serta berkecekapan tinggi," katanya kepada pemberita pada satu program syarikat baharu MTDC di sini, Rabu.

Pada majlis itu, empat syarikat baharu menerima sejumlah RM18 juta pembiayaan BSF iaitu Techcapital Resources Sdn Bhd (RM4.44 juta), Gremax Holdings Sdn Bhd (RM4.48 juta), Ginger and Coconut Development Sdn Bhd (RM4.47 juta dan Cell Tissue Technology Sdn Bhd (RM5 juta).

-- BERNAMA

 

 

Comments