KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan momentum meningkatnya minggu lepas untuk dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, berikutan minat belian yang lebih baik terhadap unit tempatan, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan berada pada 4.1070/1120 berbanding dolar US daripada 4.1140/1170 semasa ditutup pada Jumaat.

Beliau berkata, ringgit yang lebih tinggi turut didorong oleh harga minyak global yang meningkat.

Hari ini, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent naik kepada US$66.74 setong.

“Sementara itu, pelabur tidak memasuki pasaran menunggu data ekonomi China pada suku kedua yang akan dikeluarkan bersama dengan petunjuk ekonomi utama lain hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0247/0274 daripada 3.0217/0251 semasa ditutup pada Jumaat dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8084/8123 daripada 3.7910/7954.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding pound kepada 5.1613/1659 daripada 5.1511/1586 dan turun berbanding euro kepada 4.6298/6336 daripada 4.6273/6323. – MalaysiaGazette