Search form

Thursday, 28 August 2014
TERKINI

Anak Datuk K rapat dengan Ummi Nazeera?

Hiburan
1 of 1
Adib ) dan Ummi Nazeera hadir pada Dato Siti Nurhaliza Live In Consert.
Adib ) dan Ummi Nazeera hadir pada Dato Siti Nurhaliza Live In Consert.
Malay

Ramai mata yang melihat kemesraan pelakon cantik manis yang sudah berhijab, Ummi Nazeera dengan anak Datuk K, Adib semasa persembahan amal Dato Siti Nurhaliza Live In Consert di Plenary Hall, KLCC semalam.


Bukan setakat duduk bersama bersebelahan malah sesekali ternampak gelagat mesra apabila berbisik penuh manja.


Lalu ada yang bertanya, mereka bercinta ke? Iyalah, melihatkan kemesraan kedua-duanya, ramai yang menganggak mereka kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.


Lagipun, kalau dah duduk bersama dengan gelagat mesra, selalunya memang 'ada yang luar biasa' antara mereka.


Apa pun tidak salahnya kalau mereka nak berkawan rapat atau pun kawan biasa. Bukankah kedua-duanya masih bujang dan sama kacak, cantik sama padan.


Cuma harapannya, andai ditanya sejauh mana hubungan masing-masing, janganlah menyorok atau memberitahu teman tapi mesra.


Sebab banyak sangat teman tapi mesra yang cintanya tak kesampaian. - MalaysiaGazette
 

Category: 

 

 

Comments

randomness