Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pula dikeluarkan bagi daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi sehingga jam 2 petang ini .

JOHOR BAHRU – Mersing menjadi daerah pertama di Johor yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Selasa lalu.

Sebaik sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kompleks Raman Endau Rompin dibuka, seramai 83 penduduk dari 25 keluarga di Kampung Orang Asli Peta yang terjejas akibat banjir ditempatkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali, PPS berkenaan dibuka pada pukul 6 petang semalam.

Sementara itu, paras air sungai di tiga daerah menunjukkan trend peningkatan susulan hujan lebat yang melanda.

Setakat pukul 8 pagi tadi, satu sungai direkodkan melepasi paras bahaya manakala dua lagi mencatatkan bacaan paras amaran dan waspada.

Dalam pada itu, keadaan banjir di Johor, Sungai Sayong di Kulai melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.15 meter (m).

Manakala Sungai Lenik di Segamat pula menunjukkan tahap amaran (5.62m) dan Sungai Sedili Kecil di Kota Tinggi pada tahap waspada (1.93m).

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pula dikeluarkan bagi daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi sehingga jam 2 petang ini.- MalaysiaGazette