Search form

Selasa, 21 Oktober 2014

Bukan masa beri 2 bulan bonus

Nasional
1 of 1
Malay
KERAJAAN sukar memenuhi permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang menuntut pembayaran bonus dua bulan gaji dalam Bajet 2014.
 
Sumber yang terlibat dalam merangka Bajet 2014 memberitahu MalaysiaGazette, permintaan itu terlalu besar dalam situasi kerajaan mahu mengekang bajet defisit dan mengawal perbelanjaan.
 
"Kalau dipertimbangkan (bonus) pun tidak akan sebanyak itu (dua bulan)," katanya di sini.
 
Tambahnya, bukan mudah bagi kerajaan untuk memenuhi semua tuntutan rakyat kerana tumpuan yang lebih penting perlu didahulukan sambil menambah semua golongan akan mendapat 'bahagian' masing-masing.
 
Sumber itu berkata, selain Bantuan Rakyat1Malaysia yang juga akan dinikmati oleh kakitangan awam dalam kelompok tertentu, mereka juga turut mendapat faedah dalam pelepasan cukai.
 
Semalam seperti tahun-tahun sebelumnya Cuepacs mahu kerajaan memperuntukkan pemberian bonus dua bulan kepada 1.4 juta orang penjawat awam pada Bajet 2014.
 
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan perlu memberi bonus dan dua kenaikan elaun lain berikutan  peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. - MalaysiaGazette
 
Tags: 
bonus
bajet 2014

 

 

Comments