Search form

Ahad, 26 Oktober 2014

Majoriti rakyat Malaysia dalam MH370 pengurus kilang Freescale

Nasional
1 of 1
GAMBAR sebahagian pengurus-pengurus Freescale sebelum menaiki pesawat MH370 di KLIA yang dikirim kepada rakan-rakan mereka melalui media sosial.
GAMBAR sebahagian pengurus-pengurus Freescale sebelum menaiki pesawat MH370 di KLIA yang dikirim kepada rakan-rakan mereka melalui media sosial.
Malay

Sebanyak 29 daripada 38 Malaysia dalam pesawat MH370 itu merupakan kakitangan kilang Freescale Semiconductor yag dahulu dikenali nama Motorola di Kelana Jaya, Selangor.

Kesemua mereka bertaraf pengurus yang dijadualkan menghadiri kursus tiga minggu di Beijing, China.

Salah seorang daripadanya, Muzi Yusop. Selain itu, seorang Atache MITI, Mohammad Sofuan Ibrahim yang baru mahu melaporkan diri ke Beijing juga berada dalam penerbangan tersebut.

Sementara itu, Freescale mengesahkan kakitangannya di dalam pesawat tersebut hari ini yang pergi ke Beijing bagi menghadiri kursus.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya memberitahu 12 daripada kakitangannya adalah rakyat Malaysia manakala lapan lagi dari syarikat TianjinFinal Manufacturing, China.

Sedih dengan apa yang berlaku dan berharap ada petanda positif dalam usaha mencari dan menyelamat. Pihaknya juga berjanji akan membantu setakat termampu untuk tujuan itu termasuk kepada ahli keluarga kakitangannya termasuk kaunselor.-MalaysiaGazette

Tags: 
MH370
penumpang
pengurus

 

 

Comments