Search form

Khamis, 02 Oktober 2014
TERKINI

Suasana sayu semasa solat hajat selamatkan MH370

Nasional
1 of 1
Seorang wanita tidak dapat menahan air matanya ketika berdoa agar pesawat MH370 ditemui dan semua penumpangnya selamat. Gambar FAZRY ISMAIL, 9 MAC 2014.
Seorang wanita tidak dapat menahan air matanya ketika berdoa agar pesawat MH370 ditemui dan semua penumpangnya selamat. Gambar FAZRY ISMAIL, 9 MAC 2014.
Malay

Tersentuh hati melihat penyatuan jiwa rakyat Malaysia dalam meletakkan harapan supaya pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal ditemui dalam keadaan selamat.

Tidak kira agama dan bangsa, masing-masing melakukan usaha terakhir iaitu berdoa kepada Tuhan supaya usaha menjejaki pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu mendatangkan hasilnya.

Bagi kaum keluarga dan rakyat Malaysia yang beragama Islam, tentunya menunaikan solat hajat adalah jalan paling dekat untuk menyerahkan permintaan kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk di mana sebenarnya pesawat itu dan bagaimana pula nasib para penumpang.

Di Masjid Sultan Mizan, kira-kira 100 jemaah menyempurnakan solat hajat dalam suasana khusyuk sesekali sayu terutamanya apabila imam membacakan doa.

Ada jemaah menitiskan air mata, tidak kurang juga yang tidak dapat menahan perasaan lantas teresak-esak mengingatkan tragedi kehilangan pesawat itu.

Kanak-kanak yang tidak mengerti apa sedang terjadi melihat ibunya berdoa semoga MH370 selamat.

Tidak kira sama ada kenal atau tidak penumpang pesawat MH370, jemaah bersujud memohon segala-galanya dipermudahkan.

Seorang jemaah tidak dapat menahan rasa sebak.

Khusyuk berdoa pesawat MH370 ditemui dalam keadaan selamat. -- MalaysiaGazette

Tags: 
MH370

 

 

Comments