Search form

Selasa, 17 Januari 2017

Tak salah kalau BN ikut cara kerja Dyana Sofya

Primary tabs

Pendapat
1 of 1
Malay

Dyana Sofya Mohd Daud adalah calon DAP yang kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada tahun 2014 tetapi kekalahan tersebut bukan bemakna rakyat yang mengundinya dilupakan terus.

Buktinya, selain masih lagi bertemu rakyat sekali pun kalah, kerja-kerja dan aktiviti rakyat tetap berjalan seperti mana yang dijanjikan dalam manisfesto DAP ketika bertanding menentang Mah Siew Keong dari Barisan Nasional (BN).

Bukan hendak memuji cara kerja Dyana Sofya yang sanggup mencetak kalendar partinya berserta gambarnya untuk diedarkan kepada penduduk Teluk Intan.

Sekadar ingatan walaupun kalah, penduduk yang menerima kalendar yang diedarkan secara percuma itu akan terus mengingati wajah Dyana Sofya selagi mereka menggantungnya di dinding rumah.

RAKYAT didekati dengan Kalendar Dyana Sofya Mohd Daud yang diedarkan di Pekan Baru, Teluk Intan semalam.

Adakah tindakan sama dilakukan oleh mana-mana calon BN yang kalah pada pilihan raya kecil kalau bukan pilihan raya umum?

Memang tidak ada, padahal calon BN yang kalah bertanding turut berjaya mendapatkan undi rakyat sepanjang berkempen tetapi sayang sekali, apabila kalah, calon pun terus tenggelam seolah-olah karier politiknya juga berkubur.

Inilah cara BN bekerja yang biasanya akan diusahakan bermati-matian pada saat akhir.

Amat jauh berbeza dengan parti pembangkang, bukan sahaja sanggup keluar duit sendiri seperti yang dilakukan Dyana Sofya tetapi mereka telah pun bergerak membuat daftar pengundi hingga ke segala ceruk yang ada pengundi.

CALON BN yang kalah bertanding tidak akan teruskan aktiviti bersama rakyat sepertu Dyana Sofya Mohd Daud.

Perhimpunan Agung UMNO 2015 baharu selesai. Entah dengar entah tidak nasihat Presiden yang mahukan gerak kerja pilihan raya dimulakan sebaik sahaja pulang ke kawasan masing-masing, itu kenalah pantau.

Kalau tidak, jangan menyesal jika kerja yang dibuat oleh Dyana Sofya dan rakan-rakannya nanti akan lebih mempengaruhi pengundi berbanding BN yang suka sangat buat pada minit terakhir.

Sebabnya, ahli-ahli UMNO masih terus beranggapan BN sentiasa berada di zon selamat dan selesa. - MalaysiaGazette

 

 

Comments

Subuh 5:40
Zohor 1:00
Asar 4:22
Maghrib 6:58
Isyak 8:10