Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan menawarkan kerusi tersebut kepada Ketua Umum PKR itu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan menawarkan kerusi tersebut kepada Ketua Umum PKR itu.

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan kurang memuaskan bukan masalah besar untuk beliau tampil bertanding bagi jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti penghujung Ogos.

Menyatakan demikian, Anggota Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, Ketua Umum PKR itu kini juga semakin pulih selepas menjalani rawatan di Turki.

“Keadaan kesihatan beliau tidak jadi masalah, kalau dilihat beliau semakin pulih cuma sekarang masih dalam pemantauan doktor,” katanya pada pemberita ketika ditemui di Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Lucky Garden, Bangsar, di sini hari ini.

Anwar kini berada di Turki kerana mendapatkan rawatan kesihatan selepas menjalani pembedahan melibatkan tulang belakang dan bahu di sana.

Ahmad Fahmi yang menyokong cadangan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin supaya Anwar bertanding sebagai presiden parti turut bersetuju langkah itu akan membuka laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri ke-8.

Ribuan penduduk sekitar Lembah Pantai menghadiri majlis Aidilfitri itu yang diserikan dengan kehadiran penghuni Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse di Bangsar.– BERNAMA