Search form

Jumaat, 19 Disember 2014

Gaji Piya lebih besar dari gaji PM

Sukan
1 of 1
Piya
Piya
Malay

KETUA pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau Piya mendapat tawaran lumayan untuk kekal beraksi dalam pasukan The Red Warriors bagi mengharungi Liga Malaysia pada musim depan.

Turut mendapat gaji lumayan adalah seorang lagi pemain Kelantan iaitu penjaga gol, Mohd. Khairul Fahmi Che Mat.

“Kalau nak tahu, gaji Piya lagi besar daripada Perdana Menteri bagi musim depan. Gaji Apek pula lebih besar dari saya sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi MARA. Saya sebenarnya tak mahu cerita sahaja,” kata bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah gaji kedua-dua pemain bola sepak berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Pengerusi MARA berkata demikian dalam ucapan majlis pelancaran filem The Red Warriors The Movie di Hotel Hilton Petaling Jaya di sini hari ini.

Jelas Anuar, apa yang pasti beliau gembira dan berpuas hati melihat peningkatan perkembangan karier yang dilalui oleh dua pemain itu pada hari ini.

“Lima tahun dulu, masa saya bawa balik Piya, gaji dia dalam RM3,500 sahaja. Apek pun masa itu tiada nama di PKNS.

“Namun hari ini saya gembira kerana mereka telah berjaya dan mencipta nama hingga dikenali ramai,” katanya.

Piya dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 baru-baru ini manakala Apek sebagai Penjaga Gol Terbaik 2013.

Sementara itu, pada majlis sama, Anuar yang kini merupakan Penasihat KAFA turut menyampaikan tajaan bernilai RM1.2 juta kepada Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan hasil sumbangan rakan-rakan terdekat.

Tags: 
Piya
gaji PM

 

 

Comments