CATALINA – 10 pendatang maut dan berpuluh lagi hilang, antaranya kanak-kanak, apabila bot yang dinaiki karam di luar pantai Libya.

Kata sebuah pertubuhan bantuan, bot getah yang padat dengan lelaki, wanita dan kanak-kanak bergerak meninggalkan Garabulli iaitu 50 kilometer dari timur Tripoli pada malam Jumaat, namun selepas beberapa jam bot terbabit mengempis kemudiannya dimasuki air.

Insiden itu mengakibatkan beberapa orang terjatuh dalam laut dan yang lain terpaksa berpaut pada serpihan bot.

Dilaporkan ada mayat yang dijumpai terapung di laut.

Tentera Laut Libya dan pengawal pantai Itali berjaya menyelamatkan 86 orang dan menemui mayat enam wanita dan dua lelaki. – MalaysiaGazette