Hilmi Yahaya

Bekalan perubatan di kesemua hospital kerajaan mencukupi berikutan kerajaan menarik balik pemotongan peruntukan RM380 juta untuk perolehan perubatan Kementerian Kesihatan untuk tahun ini, kata timbalan menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat arahan membatalkan pemotongan itu, dan dengan itu isu kekurangan bekalan perubatan tidak timbul lagi.

“Kementerian Kesihatan kini mengoptimumkan penggunaan ubat-ubatan untuk elakkan pembaziran,” katanya semasa menjawab soalan asal Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) mengenai langkah kementerian itu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ubat di hospital kerajaan kesan daripada pemotongan peruntukan Bajet 2016 pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

— BERNAMA