Kongsi

Hotel untuk pengembara Muslim berhampiran Tasik Kawaguchi dan terletak di kaki pergunungan Fuji telah dibuka.

Hotel Fujisan, sebuah hotel patuh Syariah dibuka sejak akhir bulan lalu di Yamanashi Prefecture, sebuah bandar di Fujikawaguchiko.

Hotel itu dilengkapi dengan kemudahan bilik solat dan sejadah dan menawarkan makanan halal kepada para pelancong. Bilik hotel juga mempunyai tanda arah kiblat.

Menu yang disajikan menggunakan daging lembu yang disembelih dan tidak ada perasa beralkohol.

Hotel itu telah menjalani pengubahsuaian dan sejak dibuka pada 17 Ogos lalu, ia masih belum menerima sebarang tempahan lagi.

Pengendali Hotel Fujisan, Shigeru Yamashita berkata, beliau memang tidak menjangkakan hotel berkenaan menerima sambutan pada hari pertama ia dibuka.

“Saya buka hotel ini kerana melihat prospek lima hingga 10 tahun,” katanya.

Yamashita, 72, tertarik dalam makanan halal beberapa tahun lalu selepas menaja acara yang dianjurkan oleh satu kumpulan yang memperakui diet itu.

Beliau memutuskan untuk menyasarkan pelancong Islam kerana peningkatan bilangan pengunjung ke Fujikawaguchiko dalam kalangan pelancong Indonesia dan Malaysia.

Yamashita juga mempunyai sebuah lagi hotel di bandar yang menawarkan makanan halal sejak tahun lepas.

Beliau memutuskan untuk membuka sebuah hotel khusus untuk umat Islam selepas memaklumkan oleh keluarga Islam yang bandar itu tidak ada masjid dan sukar mencari restoran halal.

Fujikawaguchiko popular dalam kalangan pengunjung dari Malaysia dan Indonesia dengan 8,000 pengunjung bagi setiap negara pada tahun lalu.

Yamashita percaya jumlah pelancong Muslim akan meningkat seiring dengan pembangunan keperluan.

Beliau turut merancang untuk membina masjid di hotel dan menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi pelancingan Muslim di hotel-hotel yang dimiliki di bandar tetapi bergantung kepada sambutan yang diterima daripada Hotel Fujisan. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan