Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat yang mengeksport produk mereka di bawah sektor perkhidmatan tidak tertakluk kepada langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Bank Negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan mensasarkan sektor swasta untuk memperbaiki perolehan eksport melebihi 40 peratus kepada RM195 bilion berbanding RM135 bilion pada 2015.

“Apabila sektor perkhidmatan tidak tertakluk kepada langkah baharu Bank Negara itu, kami akan membantu merangsang ekonomi,” karanya selepas majlis rundingan di antara 500 syarikat kecil dan sederhana dengan Bank Negara yang dianjurkan oleh Matrade.

Pembinaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan merupakan antara perniagaan di bawah sektor perkhidmatan.

Pada 5 Disember lalu, Bank Negara telah mengumumkan langkah-langkah baharu termasul meliberalisasi dan pembatalan kawal selia terhadap pasaran lindung nilai ringgit pesisir, mengukuhkan pelaburan dalam aset matawang asing serta insentif dan langkah terhadap hasil eksport.

Ini memerlukan pengeksport menukar 75 peratus daripada hasul matawang asing mereka kepada ringgit.

Polisi terbaharu itu diperkenalkan untuk menyeimbangkan permintaan dan penawaran pasaran matawang asing serta mengurangkan kemeruapan matawang tempatan berbanding dolar Amerika.

– BERNAMA