KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani selamat melahirkan anak keduanya pada Selasa lalu.

Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada pukul 2.07 petang.

Bayi tersebut dilahirkan secara pembedahan.

Anak pertama hasil perkongsian hidupnya dengan Shaarin juga lelaki iaitu Noah berusia tiga tahun.

Ketika ini, Yasmin yang pernah mengendalikan program Muzik@Ria dan terkenal dengan tagline Watchaaa, belum bersedia untuk berkongsi gambar anak keduanya itu.

Malah nama bayi ini juga belum diputuskan.- MalaysiaGazette