KUALA LUMPUR – Pelakon Eira Syazira selamat melahirkan anak keduanya melalui pembedahan pada Sabtu lalu.

Bayi perempuan ituĀ dilahirkan dengan berat 3.9 kilogram di sebuah hospital di Puchong, Selangor.

Eira dan suami yang juga pelakon, Azad Jasmin memilih nama Ameisya Leann Rose yang membawa makna kehidupan tenang, kelembutan dan kehalusan.

Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, 32, akan bercuti selama tiga bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni.

Sementara itu, Eira danĀ Azad Jazmin, 40, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011.

Pasangan itu juga sudah dikurniakan anak sulung Amarra Sofea Rose yang kini berusia empat tahun.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan