Single kedua Fattah berjudul Wanita Terakhir berada di kedudukan pertama carta iTunes Malaysia.

KUALA LUMPUR РSingle baharu Fattah Amin, Wanita Terakhir mencipta kejutan berjaya menduduki kedudukan teratas carta iTunes Malaysia.

Lagu ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan itu turut menjadi menjadi trending di laman sosial.

Single itu dilancarkan pada Ahad lalu.

Menurut pelakon dan penyanyi itu, beliau tidak menyangka lagu berkenaan terus mendapat tempat sehingga mengalahkan karya lain di carta muzik terbabit.

“Jujurnya saya sangat terkejut kerana lagu itu belum pun dilancarkan secara rasmi. Ia hingga kini hanya dikeluarkan di laman iTunes dan Spotify.

“Alhamdulillah, ia berita gembira buat saya dan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya,” katanya. Fattah berkata demikian menerusi video Facebook Live yang disiarkan di Facebooknya, semalam.

Aktor itu kini sedang bercuti di Amsterdam, Belanda.

Sementara itu, berkongsi mengenai Wanita Terakhir, lagu berkenaan ditujukan buat ‘si dia’ iaitu Neelofa. – MalaysiaGazette