Pihak berkuasa Thailand memberi amaran banjir kilat di sepanjang selatan negara tersebut berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan lapan orang mati.

Selain itu, Thailand juga menangguhkkan penerbangan sehingga menganggu percutian pelancong yang ketika ini memasuki musim puncak.

Menurut laporan AFP, sembilan wilayah di sepanjang selatan Thailand dilanda hujan di luar musim hampir seminggu menyebabkan resort-resort di Koh Samui dan Phangan banjir dan mengakibatkan ribuan pelancong terkandas dan terpaksa menunda perjalanan.

Lapan terkorban manakala sekurang-kurangnya 120,000 isirumah terjejas akibat banjir, kata Kementerian Dalam Negeri yang mana air menenggelamkan jalan raya dan rel keretapi.

Pihak berkuasa gusar sekiranya keadaan akan bertambah buruk.

Gambar-gambar yang tersebar di media-media sosial menunjukkan kereta dan penunggang motosikal mengharungi banjir setinggi paras pinggang.-MalaysiaGazette