Kongsi
Datuk Ayu Puteh bersama pasangan Aiman Ismail.

KUALA LUMPUR – Pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh, 39, menerima artis naungannya sebagai suami meskipun jarak usia mereka berbeza 12 tahun.

Dengan sekali lafaz, Ayu sah menjadi isteri kepada penyanyi baharu, Aiman Ismail, 27, pada majlis pernikahan semalam.

Majlis disempurnakan oleh Imam Masjid Al Mukharramah, Bandar Sri Damansara, Md Adib Mahyus Asmungi, di sini.

Ayu menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM10,000.

Ayu atau nama penuhnya Normashayu Puteh mengenali Aiman sejak dua tahun lalu.

Dia  memiliki empat anak hasil perkahwinan pertama termasuk dua penyanyi iaitu Wana dan Fian Ali.

Mereka bertunang pada Aidilfitri yang lalu. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan