Noridah Udin Niah Bahari bersama sebahagian koleksi tudung Hermajesty. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM

KUALA LUMPUR – Suka melihat kaum wanita cantik bertudung dengan gaya ringkas tetapi anggun dengan warna-warna terang, mendorong HerMajesty menampilkan koleksi tudung bawal yang menyerlah.

Koleksi HerMajesty ini diadaptasi daripada rekaan skaf rekaan jenama terkemuka dengan corak penuh menggunakan warna-warna terang dan segar, tetapi disuntik dengan elemen tempatan bagi mengekalkan identiti Malaysia.

Menggunakan tema bunga dan tempat, setiap rekaan tudung ini dilukis dengan terperinci bagi memastikan mutu pada corak-coraknya.

Diperbuat daripada Matte Satin, koleksi HerMajesty pasti menarik hati setiap wanita untuk memiliki kerana ia lembut, ringan dan sentiasa terletak di kepala.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HerMajesty, Noridah Udin Niah Bahari mengakui beliau cukup berhati-hati dalam menentukan corak, warna dan penghasilan koleksi HerMajesty Scarves Inpired Design kerana sentiasa meletakkan dirinya sebagai pelanggan.

Koleksi tudung bawal HerMajesty. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 DISEMBER 2016
Koleksi tudung bawal HerMajesty. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 DISEMBER 2016

Mengakui begitu teliti ketika memilih dan membeli tudung, Noridah mahu setiap pemilik koleksi HerMajesty merasai kepuasan ketika memakai tudung-tudung keluarannya.

Setiap satu corak, Hermajesty hanya mengeluarkan 100 helai sahaja.

“Saya juga seperti pelanggan lain, sentiasa was-was apabila memakai tudung ketika berada di majlis kerana tidak mahu sama dengan orang lain, justeru kita pastikan setiap keluaran hanya 100 helai sahaja,” katanya dalam pertemuan dengan MalaysiaGazette baru-baru ini.

Koleksi Bora-Bora

Meskipun, HerMajesty mengeluarkan tudung bawal tetapi penggemar shawl masih boleh memilikinya kerana tudung keluarannya cukup panjang (100 sentimeter x 100 sentimeter) dan boleh dipakai dengan pelbagai gaya.

Noridah berkata, HerMajesty setakat ini mempunyai 10 koleksi yang diilhamkan daripada jenama mewah iaitu:

Casablanca – dari lukisan istana lama Inggeris tetapi diserapkan elemen istana tempatan. Permaianan warna sangat menarik bagi penggemar warna ungu.

Victoria – diilhamkan daripada lukisan Lolita tetapi diubah suai menjadi lebih dramatik. Corak ini sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan corak. Tona warna juga membolehkan ia dipadankan dengan pelbagai warna baju.

Koleksi Kuala Lumpur

Kuala Lumpur – penggemar warna agak natural boleh menggayakan tudung ini kerana warnanya agak sejuk dan perincian lebih diberikan kepada lukisan di bahagian belakang tudung dan juga bahagian border.

Udine – bagi pemakai yang berani, anda wajib memiliki koleksi ini kerana kombinasi warnanya yang memukau. Coraknya diadaptasi daripada lukisan sebuah pelabuhan.

Koleksi Lily

Lily – Untuk penggemar warna merah jambu terang dan kuning terang, anda patut memiliki koleksi ini. Corak bunga Lily boleh digayakan dengan dua tona yang berbeza.

Magnolia – Bagi yang gemar corak bunga penuh, koleksi ini perlu berada dalam almari anda. Warnanya lembut, simple tetapi menawan.

Daffodil – ia adalah koleksi sangat istimewa. Nampak ringkas tetapi paduan warna dan corak mampu menaikkan seri, sekali gus menyuntik imej elegan kepada pemakai.

Carolina – ia sangat sinonim dengan wanita yang mementingkan kecantikan dan gaya. Taburan corak barangan wajib wanita di atas tudung sesuai bagi wanita yang mementingkan stail.

Koleksi Scarlet
Koleksi Scarlet

Scarlet – merah tanda berani dan yakin. Diselitkan juga elemen tangga Melayu dalam corak berlatar belakang rumah Melayu dan bunga-bungaan.

Noridah berkata, HerMajesty menumpukan jualan koleksi-koleksi tudung ini untuk jualan korporat – untuk majlis tertentu seperti Hari Raya dan sebagainya.

Bagaimanapun, individu yang berminat untuk memiliki HerMajesty boleh membelinya melalui Instagram hermajesty_scarves atau talian 012-2265085. – MalaysiaGazette