Home Ekonomi Harga minyak susut

Harga minyak susut

SINGAPURA – Harga minyak jatuh pada awal dagangan hari ini selepas Iran meningkatkan eksport, sekali gus melemahkan usaha OPEC untuk mengekang bekalan bahan api terjual di pasaran global.

Amerika Syarikat juga meningkatkan aktiviti penggerudian selama 10 minggu.

Niaga hadapan Brent LCOc1, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, diniagakan pada AS$56.97 setong pada 0019 GMT, turun AS$0.13 sen daripada harga penutup terakhir.

West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan pada AS$53.79 setong, turun AS$0.20.

Peniaga berkata, harga yang lebih rendah adalah hasil daripada peningkatan eksport dari Iran, ketika ahli-ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memotong bekalan dalam usaha untuk menamatkan lebihan bekalan global.

Iran telah menjual lebih daripada 13 juta tong minyak, mengambil kesempatan perjanjian pengurangan bekalan OPEC yang mana ia dikecualikan bagi membolehkan negara itu mendapatkan semula bahagian pasaran dan pembeli baru, menurut sumber-sumber industri.

Jumlah minyak Iran di laut telah menurun kepada 16.4 juta tong, daripada 29.6 juta tong pada awal bulan Oktober, menurut data minyak Thomson Reuters.

Sebelum penurunan mendadak itu, tahap itu hampir tidak berubah pada 2016; ia adalah 29.7 juta tong pada permulaan tahun lepas.

Lonjakan eksport kapal tangki Iran bukan satu-satunya penunjuk kepada lebihan bekalan minyak. – MalaysiaGazette